Content Validation and Reliability Test for Depression, Stigma, Social Support and Patient’s Satisfaction Scale among Tuberculosis Patients in Serian Division, Sarawak

Psychosocial Scale Validation in TB Patients
Vol. 21 No. 2 : 2026 (736-746)

Zulkifli Mohd Nor Faizal Zulkifli Mohd Nor Faizal
Sahak Noorzilawati Sahak Noorzilawati
Saimon Rosalia Saimon Rosalia

Abstract
This study evaluated the content validity and internal consistency reliability of four psychosocial measurement instruments-the PHQ-9 (depression), Tuberculosis Stigma Scale, Multidimensional Scale of Perceived Social Support and Patient Satisfaction Questionnaire Short Form (PSQ-18) among tuberculosis (TB) patients in the Serian Division of Sarawak. The instruments were adopted from their original versions and subsequently validated among TB patients in the Serian Division of Sarawak. Content validation, conducted by eight experts in public health and psychiatry, utilised item-level and scale-level content validity indices, with all items demonstrating strong agreement in relevance, clarity, simplicity and lack of ambiguity requiring no modifications. A pilot study (n = 56) was then carried out to assess internal consistency, yielding Cronbach’s alpha values between 0.73 and 0.95, with an overall reliability score of 0.86, indicating good to excellent reliability. The findings confirmed the psychometric robustness and cultural appropriateness of these instruments for evaluating psychosocial determinants in TB care. These validated tools provide a reliable framework for future research and interventions aiming at enhancing patient-centred care and addressing psychosocial challenges in TB populations.
Keywords : Psychosocial determinants; tuberculosis; validation,
Abstrak
Kajian ini menilai kesahihan kandungan dan kebolehpercayaan konsistensi dalaman bagi empat instrumen pengukuran psikososial-PHQ-9 (kemurungan), Skala Stigma Tuberkulosis, Skala Pelbagai Dimensi Sokongan Sosial Yang Dirasai dan Borang Pendek Soal Selidik Kepuasan Pesakit dalam kalangan pesakit tuberkulosis (TB) di Bahagian Serian, Sarawak. Instrumen-instrumen ini diadaptasi daripada versi asalnya dan seterusnya divalidasi dalam kalangan pesakit TB di Bahagian Serian, Sarawak. Pengesahan kandungan dilakukan oleh lapan pakar dalam bidang kesihatan awam dan psikiatri, menggunakan Indeks Kesahihan Kandungan per item dan per skala, dengan semua item menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi dari segi perkaitan, kejelasan, kesederhanaan dan ketiadaan kekaburan tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian. Kajian rintis (n = 56) kemudian dijalankan bagi menilai konsistensi dalaman, yang menghasilkan nilai alfa Cronbach antara 0.73 hingga 0.95, dengan skor kebolehpercayaan keseluruhan sebanyak 0.86, menunjukkan kebolehpercayaan yang baik hingga cemerlang. Dapatan kajian ini mengesahkan keteguhan psikometrik dan kesesuaian dari segi budaya instrumen-instrumen ini dalam menilai penentu psikososial dalam penjagaan TB. Instrumen yang telah disahkan ini menyediakan kerangka yang boleh dipercayai untuk penyelidikan dan intervensi akan datang dalam usaha meningkatkan penjagaan berpusatkan pesakit serta menangani cabaran psikososial dalam populasi TB.
Kata Kunci : Penentu psikososial; pengesahan; tuberkulosis,

Correspondance Address
*Correspondence: drkurin8821@gmail.com